Tuesday, March 31, 2009

Muqadimmah

Assalamualaikum w.b.t...

Salam ukhwah,salam persaudaraan,salam perjuangan kepada pembaca setia blog MPP sekalian...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta taufiq iradahnya, akhirnya dengan usaha gigih insan terlibat maka terlahirlah blog Majlis Perwakilan Pelajar UITM Johor Sesi 2009/10..

Saya mewakili rakan perjuangan mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada insan-insan yang sudi singgah menatap blog ini.

Kini,kami lahir dengan wajah baru untuk memenuhi permintaan pejabat am HEP serta dari pelajar yang mahukan pembaharuan dalam blog ini.Kami akan cuba memuatkan segala info yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar.Kami juga mengalu-alukan segala cadangan,pandangan dan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan kita sebagai seorang pelajar.

Saya harapkan dengan wujudnya blog  ini,kita dapat berkongsi idea dalam melahirkan satu revolusi yang mampu memberi satu impak besar dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar.Kita di sini bukan sahaja untuk belajar menguasai bidang-bidang kepakaran masing-masing tetapi juga dididik untuk menjadi seorang pemimpin dalam menempuhi kehidupan mendatang.

Jadi,kami mengharapkan satu diskusi membina untuk kita sama-sama membina nilai serta sifat sebagai seorang pemimpin.Bukan mudah menjadi seorang pemimpin.Sukar untuk memenuhi permintaan  semua pihak.Bukan mudah memuaskan hati tiap insan.

Kami memohon semangat dari anda supaya kami dapat meneruskan amanah Allh ini.Terima kasih kepada semua yang prihatin dan memantau pergerakan kami.Kami dengan hati terbuka akan mendengar segala masalah anda.Selagi terdaya,kami cuba lakukan apa yang diharapkan. Bukan menabur janji palsu seperti yang dikatakan sesetengah pihak.

Sekian terima kasih

Salam.

 

-Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Johor

  

4 comments:

  1. Salam,
    Tahniah YDP MPP kerana 'menhhidupkan' kembali blog ini setelah lebih 2 minggu ANdeh menanti perkhabarannya.

    Smg blog ini bakal menampakkan kematangan anda sebagai pemimpin pelajar demi kebaikan bersama.
    Apa jua alasan untuk MPP, maka ingatlah...
    Akademik mst datang dahulu!

    semoga anda semua berjaya..
    insya Allah

    Wallahu a'lam..

    -Andeh-
    (ex-Bendahari MPP 2004/05 UiTM Johor)

    ReplyDelete
  2. Salam..

    well..1st of all congratz 2 all of you,who alwayz trying and doing a great job as MPP...

    but..quite upset actually..
    and 'dgn semangat ingin tahu yg tinggi ni..(mnybok)'what happen to your old posts?

    as a newcomer here,its alilbit upset for me,because I dont have a chance to read your old posts..hoho..

    and...
    last but not least,
    keep up the good work...

    Management is doing things right and leadership is doing the right things.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada Saudara YDP, semoga blog ini dapat menjadi wadah penyampaian maklumat yang tepat kepada pelajar UiTM Johor. Dengan perkembangan H1N1, maklumat terkini dan tepat mesti menjadi keutamaan berbanding penyebaran khabar-khabar angin dari SMS. Jgn Jadi Raja SMS sudah.

    ReplyDelete
  4. Boleh disebarkan dalam Blog ini tentang Kuliah Ilmu, Ceramah Kerjaya ' Saya Bekerja di India'.
    Dalam bulan lepas ceramah "Saya Bekerja di Qatar'...ini peluang untuk pelajar berminat untuk bekerja di negara asing.
    Untuk gambar aktiviti pelajar terkini boleh surf:-
    http://uitmjhep.fotopages.com

    ReplyDelete